Hari minggu saya


Soalan karangan: Ceritakan bagaimana awak menghabiskan hujung minggu awak.




Pada hari Sabtu yang lepas, saya dan keluarga saya telah pergi bercuti di Port Dickson (PD). Pertanyaan seperti "Apa barang PD?" mungkin timbul di kalangan pembaca-pembaca blog ini [awak tahu siapa diri awak itu. ;)]  Sebelum kamu semua melompat ke membuat sebarang andaian, biarlah saya menerangkan hal yang sebenar.


Ceritanya sebegini...
Mengikut kakak ipar saya, ada sepasang suami isteri ini telah membeli sebuah rumah menerusi proses bidaan.  Pada suatu malam, si suami sedang menonton bola di ruang tamu.  Tetiba-tiba dia dapat rasakan sesuatu sedang duduk di sebelahnya.  Apabila dia memaling kepalanya, dia terlihat lembaga pocong yang juga sedang memandang ke arahnya.  *Lariiii!!!*


Alamak, tersalah cerita pulak.  Mintak maaf ya?  :)


Baiklah, ini cerita yang sebenarnya.


Semasa saya dan adik pulang ke kampung halaman dua minggu yang lepas, sedang kami anak-beranak sedang menonton televisyen di ruang tamu, ayah kami dengan secara spontannya bersuara, mengatakan "Dah lama tak gi hotel.  Makan breakfast buffet.  Boleh pergi PD lepas bagi kambing makan pukul 2:30 petang tu".

Bukannya tidak pernah diajak ke mana-mana, akan tetapi ayah akan memberi alasan tiada siapa yang akan memberi ayam dan kambingnya makan. :P

Mendengar kata-kata ayah, saya telah mengemukakan usul itu kepada adik-beradik yang lain sambil membuat tinjauan melalui internet untuk mencari hotel yang paling sesuai diduduki.  Setelah membaca ulasan-ulasan di internet serta cadangan seorang rakan baik, saya terjual terpanggil teruja dengan The Legend International Water Homes.  Barangkali tidak semua akan memilih hotel ini memandangkan ia tidak mempunyai pantainya yang sendiri, namun saya tertarik dengan adanya kolam mandi (baca: kolam berendam) di dalam setiap bilik.  Port Dickson pun bukan mempunyai pantai yang cantik pun.   Oops. Gurau aje. :)

Setelah membuat segala perancangan, tibanya hari Sabtu 16 Oktober, kami sekeluarga berkumpul di Legend IWH.  Lebih istimewa lagi, boleh dikatakan ini adalah kali pertama setelah sekian lama, semua adik-beradik dapat pergi bercuti bersama-sama.  Jadi, tidak kisah lah jikalau ianya hanya di PD kan? :)

Saya dan ibubapa kami tinggal di satu unit Villa Kolam Mandi Eksekutif (Executive Pool Villa).  Begitu juga dengan abang saya yang kedua.  Adik-beradik yang lain tinggal di tiga unit Villa Kolam Mandi Laman (Garden Pool Villa).  Macamlah boleh melihat ikan-ikan melalui cermin kecil di lantai tu. *gbk* (gelak besar kuat).

Sememangnya tujuan kami tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melepak dan berendam sampai kecut.  Apatah lagi, saya telah berlari "Larian Selow tak Dekat" (LSD) pada sebelah pagi nya.  Dah lama betul tak lari LSD ni. Rasanya dah lebih 2 bulan.  Alamak, segannya!

Walaupun menu sarapan pagi latihan Hal Higdon adalah sejauh 28.8km, namun matlamat saya hanyalah untuk berlari sejauh jarak separuh marathon dan tidak tercedera.  Syukur, tiada kesakitan kuat selain daripada jeritan leteran rasa ketidaksedapan di tulang kering pada 1-2km yang pertama dan sakit sekali sekala di lutut kanan (bukan di lutut kiri yang ada sejarah lalu). Saya harap ianya hanya kesakitan sementara sahaja.



Saya memulakan larian saya dengan mencuba nasib di Pandan Jaya, berbekalkan beberapa batu kecil di tangan.  Nasib berpihak di sebelah saya kerana tiada insiden yang melibatkan anjing.  Oleh itu saya telah melongkang membuang batu-batu itu setelah mentari hampir terbit.


Mujur ada parit antara saya dan anjing-anjing ini. Jadi mereka hanya menyalak dari jauh.
Saya mengakhiri larian saya selepas berlari 2.5 pusingan di kursus trek larian di taman KLCC.  Sportsband Nike+ saya menunjukkan 14 batu (22.4km).  Jelas sekali masih jauh lagi untuk melengkapkan 28.8km, namun saya berpuas hati kerana inilah larian terjauh saya sejak bulan puasa. (erk!)  Tapi apa kata kalau jarak berjalan ~5km dari KLCC ke rumah juga diambilkira?  Hehehe.  Tidak mengapalah :)



Alangkah bagusnya kalau pancutan air ini ada di trek juga :)
Lampu suluh dari Energizer Run sesuai untuk larian yang bermula sebelum terbit matahari.
 
"Anak kecil hari ini"?  Siapa?  Wanita-wanita pertama tu?
White Castle.  Eh, silap.  Al-Rawsha.  Sedap ke?  Mahal tak?


Baiklah, sebelum saya balik ke berbalik ke perkara di tangan, kita dengar dulu pesanan dari bukan penaja.

Ada seorang anak yang duka nestapa kerana ibunya batuk.  Lalu dia pergi mendapatkan uuuu-bat.
Ibu batuk: *uhuk* *uhuk* *uhuk*
*Anak naik kuda mencari ubat untuk ibunya.*


... Ubat batuk cap ibu dan anak.
Dah bosan dah? hehehe.  Baiklah, saya tak naklah membosankan kamu semua sampai mati.  Apa kata kita tengok gambar pula?  Jom!


Persoalan kami terjawab mengapa hotel ini telah penuh semasa kami sedang membuat penempahan.  Rupa-rupanya ada beberapa badan syarikat sedang membuat teambuilding atau hari keluarga, seperti Firefly, SinarFM dan LHDN.


Mak dan adik saya sempat sedikan bihun goreng, nasi himpit, pisang goreng, udang galah masak berlada.  Tiada dalam gambar ialah udang masak lemak dan rendang.

The Legend IWH: water and garden villas.
Kolam di bilik.  Lepas check-in dan makan, terus terjun kolam. Hahaha

Jalan-jalan masa maghrib

Tak ada ikan, jadi letaklah jigsaw puzzle hidupan laut. :D

Lepas Subuh, terus terjun kolam. *gbk*
Best nya kalau dapat beli basikal ni. Tapi, lenguh jugalah nak kayuh.  Abang saya siap nak mencari di internet. :D
Mandi di kolam hotel sebelum balik.  Dah panas, jadi dah keluar kolam.  Sebelum tu dah mandi dah.


Nota: Gambar-gambar hotel yang lain boleh didapati di laman Legend IWH sendiri.



Secara keseluruhannya, ia memang percutian yang sekejap, tetapi cun & berbaloi!

Sekian.  Harap maklum.



Yang ikhlas,
Bob
*teringat posting si EnAiKay. gbk!*

Comments

  1. mahal weh tempat tu!!! kolam tu utk berendam je?

    ReplyDelete
  2. kolam tu ok sebenarnya. 4 kaki. tp kalau nak training utk ironman ke apa, tak leh le. tak sampai 1 kuak dah sampai kot?. hahaha

    pakai kad kredit bro. ;) kalau pakai maybankard better rate.

    btw, bagus la ko jadi clown semlm. teruskan usaha2 murni ko tu

    ReplyDelete
  3. wah bagus karangan ini, cikgu bagi markah satu medal dan satu mainan..GBKSGG (gelak besar kuat sambil guling guling)..

    ReplyDelete
  4. Tu Rawsha mana tu? Bukan kat belakang kelab Aman tu ker?

    ReplyDelete
  5. @Ray: Te-ri-ma kaaaa-sih Cik-gu! Nak transformers boleh? kalau *LMAO* camne lak?

    @Ziff: Kat bulatan kg pandan. Siap ada sign utk drive-thru, tapi tak sure dah start ke belum. Nak masuk, tapi struktur dia macam gah sgt. Tapi tak pernah try pun Rawsha kat kelab Aman dulu. Jom ajak RBU carbo-fat-loading kat sini ke? :)

    ReplyDelete
  6. Nice place lah...
    Larian selow tak dekat tu pon nice jugak. Tapi udang galah tu jugak yang nampak sodap yum yum! Hehe

    ReplyDelete
  7. @Zack: Saya setuju, setuju dan setuju! Udang tu memang sedap. Hmm... rasa nak lagi la plak.

    ReplyDelete
  8. hmm nak kena pegi ni main rendam2 hehe, nice one atuk!

    ReplyDelete
  9. wau! nampak best aje!! remind me about this next time i'm home sure yaya tak habis berendam... *gsbt* (gelak sampai bontot tercabut)

    ReplyDelete
  10. @kak June: remember the motto - berendam sampai kecut! hahaha.

    @Sila: yup, with small kids, need to lock the door to the pool. kalau tidak, dia bangun tidur terus terjun.
    btw, I was trying to find out the translation "ass off" but failed miserably. you have a winner there! :D

    ReplyDelete

Post a Comment