Cangkuk-mencangkuk

Sejak akhir-akhir ni komen-komen berkenaan cangkuk-mencangkuk mula memenuhi ruangan komentar di blog-blog para RBU.  (Ke dah lama, sebab aku dah jauh ketinggalan, tak  cangkuk awal-awal?)  Dari mana asal-usul atau sejarah cangkuk-cangkuk ni kena tanya diaoranglah.

Lebih-lebih lagi, bila Ijam tulis posting berkenaan PBIM yang bakal menjelang tiba.

Jom kita selami apa pengertian cangkuk-mencangkuk ni.

Cangkuk ikan... Mata kail (sumber: Ultimate-Fishing-Guide)

Rasanya tak cukup lagi mata kail ni (sumber: HowStuffWorks)

Tak cukup besar lagi? Hah, apa kata cuba yang ni? (sumber: Ocenia-Art)

Ni siap ada kat atas jalan.  Jadi, sesapa yang lari kat sini dijamin kena cangkuk. (sumber: Roadsworth)

Jangan lak korang pakat amik dari anak-anak korang :D (Sumber: KiddyCat)

Masa makan tengahari dengan member-member ofis tadi, keluarlah cerita pelari buta dari Kenya, Henry Wanyoike. Buta-buta pun, lari berdesup wo.  Dah nama Kenya kan?  Tahun lepas, dia turut serta lari dalam SCKLM '09.
(Sumber gambar: NYSun)

Ni lagi satu contoh atlet buta, Charlie Plaskon.  Jangan main-main.  Ironman tu!  Respek!
(Sumber gambar-gambar:  Sedona dan CharliePlaskon)

Ni pun ok gak ni.  Hahaha.. cute giler!
(Sumber: ThatCuteSite)


Kalau cangkuk ni, ok gak kan? (sumber: iStockPhoto)

Kalau nak cangkuk-mencangkuk ni, kena lah lari sama pace kan?  Jangan salah cangkuk pulak.  Kalau tak, ada yang jadi kes-kes macam kat bawah ni.

(sumber: Newspaper Rock)

atau yang ni (sumber: Visboo)

Takpun jadi macam ni. (sumber: ShutterStock)

Kes macam ni pun parah jugak kalau salah cangkuk. (sumber: ReelMovieNews)

Patrick dari Spongebob pun ada? Cangkuk dia buat apa. (sumber: ShareTV)

Kepada yang berkaki ayam tu pun kenalah berwaspada ya? Ouch! (sumber: news.com.au)


Harapan di hati memang nak buat sub-5, tapi dalam sehari dua ni, lutut aku ni macam nervous pulak dia.  Semacam aje lutut kiri aku ni (mcm twitching on-off).  Ni yang tak sedap hati ni.  Harap-harap peristiwa SCKLM takkan berulang kembali le.  Insya-Allah.  Aminnnnn.

Apa-apa pun Good Luck dan All the Best kepada semua dalam apa jua pertandingan!  Dan juga, Selamat Mencangkuk! Biar dapat ikan BESAARRRRR punya!

(sumber: QwickStep)


[updates]
ni utk Yim... belum aku re-edit, dah komen. laju betul!



Comments

  1. Jaws nak, bukan sekadar ikan besar jek. Happy cangkuk mencangkuk sekalian. Ingat, cangkuk ngan selamat ya

    ReplyDelete
  2. laju betul Yim! ok, the last 2 are for you.
    tak search betul2 utk cari Jaws lagi besar. ok la kan :)

    ReplyDelete
  3. yim sangat laju kalau click mengklik ni...

    zarin kalau nk cangkuk, sila cangkuk zaki otoromen, dia semakin power sekarang dgn betis gebu:)

    ReplyDelete
  4. Hehehe memang takde keroje dah atukz ni ye.... cangkok laa rub me, besaaaaaaaarrrrrrrrr punya....

    ray, aku tak berani dah nak sebut nama zaki, pantang aku komen sebut nama dia je, dia sms aku ajak buat LSD 49km, takut aku, skrg ni hp aku silent mode je.

    ReplyDelete
  5. Zarin, cangkuk lah anak Dara satu :)

    ReplyDelete
  6. deo, did zaki really do that? ... hahahaha .. habis ler kegebuan itu ...

    ReplyDelete
  7. hah, kita cangkuk mencangkuk di antara satu sama lain. Kira kita ikut pace yim dari belakang la..power mamat tu...
    dont worry zarin, kita try dulu sub 5 dont too push it...(takut ni sebenarnya)

    ReplyDelete
  8. Zarin, patut laa tersedak tak pepasal pagi ni. Ramai sebut nama aku kat sini rupenyer..

    Ray, betis gebu jangan sebut ye? Sensetip! :)

    Hahaha, deo deo. 49 aku ajak2 ayam laa sebab kau selalu sangat melambong aku. Aku dengar mln mi kau nakbuat 50k? Wow!

    Ian, dont listen to what they say about me. Itu suma dusta belaka hahaha.

    Zarin, sorry terbuat macam blog sendiri pulak...

    ReplyDelete
  9. @ray: aku setakat ni tgk gambar aje. Kat PBIM nanti leh kot aku check. Hehe

    @deo: tak salah aku tak de lak aku tulis rub2 ni. Ko ni. Haha. sib baik aku tak dok SA, kalau tak dah lama tercangkuk buat LSD. :)

    @Kak June: kail tak cukup besar le. Sapa lah saya. Kuang kuang kuang

    @ian: no komen. Diaorg tu kalau tak usik ngusik tak sah :)

    @ijam: ko cangkuk yim. Zaki cangkuk ko. Aku cangkuk zaki. Jap, mana nak letak DocJulin & pui san, et al? Pjg line ni

    @zaki: sila, sila. Aku tak kisah. Ko otoromen. Tu yg nama kau disebut mana2 ;)

    ReplyDelete
  10. Ian, betuuuullll!!!! Tak percaya, tanya Ray. Zack dah decided dan committed tu, tinggal nak succeed je.

    Atukz, kau baik2 panggil Zack otoromen nanti kau dapat sms dia. Nak aku fwd nombor kau ke Zack ke? Hahahah

    Zack, jgn marah aaa... Jom buat LSD geli-geli 49km. <--- copy paste dari sms kau ni. Heheheh

    ReplyDelete
  11. Cisss Deo! Ini sudah lebeh ni!

    Zarin, jom pindah ke shah alam bro? Hahaha

    ReplyDelete
  12. So many cangkuk being defined here.

    Cyclists (Malaysian only or specifically Malaysian weekend warrior cyclists) defined it as "to get "hooked" into the peloton where we can save up to 30% effort compared to cycling alone due to wind friction factor." Simple term is "drafting".

    Take care of those knees bro. One week to go, take up glucosamine. I took it for the past week. So far so good. All the best! May the force be with you :)

    ReplyDelete

Post a Comment