Taman Bukit Jalil.... akhirnya

Sejak aku kerja kat area Bukit Jalil, dalam masa 3 tahun lebih ni, aku baru le dapat menjenguk dan berlari-lari anak kat Taman Bukit Jalil (TBJ) minggu lepas.  Memandangkan aku dah ada kat seberang Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil tu (sebab aku ada training kat Bukit Jalil GCCR), aku pun apa lagi, ambil la kesempatan.  Dua hari berturut-turut lak tu.  Kalau boleh nak lagi.

Tapi part nak drive dari ofis dan menghala ke TBJ tu yang lemah sikit.  Dah berapa banyak masa habis.  Masa lari kat area TPM tu pun kejap aje dah gelap.  Dah tu pulak, dah tentu aku tak boleh tinggalkan wallet dengan handphone dalam kereta kalau pergi TBJ.  Nak tak nak, kena la bawak masa lari.  Itu belum lagi kalau aku terasa nak bawak balik laptop ke rumah.  Takkan nak bawak lari jugak kot?  Hahaha.

Ni la dia Taman Bukit Jalil.  Aku kot orang terakhir yang belum pergi sini.  Syok!  Banyak laluan.  Yang berbukit pun ada. Dah tu ramai orang.
Hah, "Haiwan Liar"? 
Meh aku tunjuk pulak tempat yang aku biasa lari lepas kerja pulak.  Cuba korang bezakan dengan TBJ.
Ni bukan kebun buah ayah aku.  Ni Ahmad Albab yang punya.  Eh silap.  Technology Park (TPM) yang punya.  Pokok kemetot pun ada buah.  Dasat.

Tengok tu. Siap ada signboard.  Tapi ni je satu-satunya signboard yang aku jumpa.  Dah tu, kecik pulak tu.

Okay, ni gambar-gambar yang selebihnya kat area TPM ni.  Ada la kereta-kereta lalu.  Tapi selalunya sunyi la.  Cuba bayangkan macammana bila dah dekat dengan masa Maghrib.  Jadi, aku plan awal-awal la untuk sampai kat kawasan-kawasan pejabat kat TPM tu bila hari dah malam.

Satu lagi, kat sini selalu gak jumpa cicak kubing ngan monyet.  Kekadang tu nampak ayam.  Entah la dari mana datangnya.  Pernah sekali tu, ada la ternampak sekor kura-kura kat tepi jalan (jalan yg dlm gambar kiri, bawah).  Macammana entah bole sampai situ.  Masa tu pun dah nak dekat maghrib, jadi aku pun buat "kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu" le. ;-)

Satu lagi binatang yang aku tak nak jumpa.  Sebab member satu ofis aku kata, kekadang tu dia terserempak dengan babi hutan bila dia lari-lari masa malam-malam lepas habis gym (jalan dalam gambar kiri-atas dan kanan-atas).  Oh tidak!  Hahaha

Hah, gambar kat bawah ni pulak... TBJ seberang Jalan Puchong-Bukit Jalil tu je.  Tapi bercinta aku nak gi sana.
TBJ?  Di hadapannya Bukit Jalil GCR.  Di seberangnya Petronas
Lari balik ke arah ofis.  Hari ni baik pulak pihak TPM nyalakan lampu jalan.  Selalunya gelap.  Jadi, biasanya lari laju sikit le.  Tambah-tambah lagi bila ada bunyi-bunyi kat dalam belukar tepi jalan tu. Hahaha.
Sekian. Terima kasih :D

Comments

  1. Best gak, bila nak invite aku lari kat situ? Boleh kita training GT sama-sama. Heheheh

    ReplyDelete
  2. kura-kura ngan cicak kobeng tu masuk kategori haiwan liar la tu..heh heh

    ReplyDelete
  3. Eh atuk, keje kat tpm ek, area mana? I frequent tbj too but havent run ka dalam tpn. Len kali lari je dr tpm ke tbj. senang skit but so far parking kat tbj no hal, selamat gak

    ReplyDelete
  4. Bro zarin, baik2 lari dgn Deo tu nanti, silap hari bulan awak sekali dia jerat buat tnf100, SD84, Men's Health Urbanathlon, Sabah climbathon, Sabah Ultra...hahaha

    ReplyDelete
  5. call me up once at TBJ. If I'm ard, I will join ... my home is just beside TBJ. :)

    ReplyDelete
  6. @Deo: ... aku jawab soalan Zack dulu lah. :D

    @DocJulin: kalau kura-kura ngan cicak kobeng tu kira ok lagi.

    @Yimster: the other side of TPM. yg depan bangunan IRIS tu. hehehe. tu le, mmg selalu terpikir. tapi bila dah sampai kat pak guard tu, cam malas nak seberang jalan tu. hahaha. so, patah balik. :D

    @Zack: Tu le tu. Dia punya kempen, lambung, racun (etc) tu kalah ahli politik. aku kena lari pakai earplug lah kot?

    @Ian: ooo, then TBJ is just like your playground je le. nice. i have to run more at TBJ first la kot. the 2 days I was there, 2 loops pun dah mengah. oops. :D

    @Deo: gurau je ye. aku rasa elok lagi ko LSD ngan Zack tu. sama-sama TNF100-thon calibre. :)

    ReplyDelete
  7. habis kena lambung all the runs .. keep running zarin :)

    ReplyDelete
  8. masa bareno run rasanya ada lari kat dalam tu, bukit memanjang...tapi apalah sangat bukit, tak TNF la kalau mcm tu...ha, ha...

    ReplyDelete
  9. the nangkas on that pokok kemetot is quite amazing!

    ReplyDelete
  10. @kak June: yes, I'm running... the other way. hahaha. oops

    @Ijam: haha. tu le sbb aku tak masuk TNF :)

    @sila: itu le. diaorg tak jaga pun pokok2 nangka tu. tak de le baja2, etc. hence the reason why they all terbantut

    ReplyDelete
  11. Cantek la TBJ. Sangat sesuai untuk berlari. Pakai la spibelt untuk bawak kunci kereta & handphone (ni bukan iklan). Laptop tu susah sikit den nak bagi idea :)

    ReplyDelete

Post a Comment