Baa chakkkk

Pagi tadi Syah Sully (err, apa nick terbaru dia ek? Tak terikut lak aku. Banyak bebenor :)) hantar msg kat Gtalk tanya khabar. Segan lak bila Syah Sully tanya kenapa diam. Hehehe. Macam aku letak komen kat status kak June sekali tu, aku tak layak masuk golongan elit RBU, sebab aku dah le tak blogging, lari pun tah ke mana. Hahaha

Meh la aku update sket keadaan aku sekarang. Mintak maaf le kalau tulisan aku ni caca marba sket. Apa orang putih kata tu.. tak ada keretapi pemikiran? :D

Aku sekarang ni gelap sikit... bukan sebab lari tengah panas. Tapi sebab sapu daun-daun luruh kat kebun. Kehkehkeh

Aku sekarang ni makan macam la carboload nak buat full marathon. Padahal aku tak register pun apa-apa event sampai ujung tahun. Silap-silap sampai tahun depan kot :D Oh ya, kalau Nike City Run tu ada balik tahun ni insyaAllah aku join le, sebab dapat spot percuma dari Nike MashDash challenge kat FB lepas SCKLM dulu.

Aku sekarang ni injured... Achilles tendonitis. Yang lawaknya bukan sebab LSD ke apa. Last aku lari pun masa men's health sebelum puasa. Lari? Err, lebih kepada, lari 100meter-berhenti tunggu adik aku sampai lepas tu lari balik, sampaikan aku habiskan 12k dalam 2jam lebih. Lol!
Dah signboard suruh Slow, aku pun slow la

Masa bulan puasa tu pun dah rasa-rasa nagging pain sikit-sikit bila duduk tahyat. Sebabkan aku dah habis puasa 6, dengan semangat berkobar-kobar, aku pun turunlah jogging lepas kerja hari Isnin minggu lepas. Ingat nak lari kat luar tapi jerebu punya pasal, nak tak nak kena la lari setempat atas treadmill. Malam esoknya, baru la rasa sakit masa tengah tidur. Aku pun pelik gak sebab effect dia lambat nak kick in. Bila jumpa doktor kat ofis aku tu, dia tanya aku ada tukar kasut tak? Boleh jadi gak sebab aku ada beli kasut kerja baru masa bulan puasa (Sale le katakan ;)). Takpun kasut LunarGlide tukar untuk vouchers yang aku ngan partner aku menang dari Nike MashDash weekly challenge tu jugak.

Voucher Nike

Yang kasut Lunarglide tu pun, aku bukannya break-in dengan lari. Tapi jalan-jalan shopping temankan adik-adik masa bulan Ramadan. Lol!
Lunarglide 3

Ok lah, aku stop sini dulu. All the best kat semua yang lari-lari tu. Teringin gak nak masuk Putrajaya Night Run, tapi sebabkan training entah ke mana, terpaksa la let go.10k pun belum tentu lepas. Kalau aku masuk full, sure aku habis nak dekat kul 2 pagi. Macam tahun lepas, snackfood pun dah habis. Van milo pun dah balik. Hahaha

Over and out
Published with Blogger-droid v1.7.4

Comments

  1. Get well soon bro. Lunarglide 3 nampak menarik. Aku terjumpa lunar elite+ pun macam menarik gak. Ada baguih ka?

    ReplyDelete
  2. haha gelak baca .. just heal betul2 before u run again if not like me still sidelined :( apa pun keep the passion ! i saw the lunar glide 3 tadi, my first running shoe was the lunarglide first edition, still love it .. i need a new shoe and considering the 3rd edition .. see u when i see you !

    ReplyDelete
  3. Rest well and get well soon bro. Kau cari lah Lunamaya buatkan physio utk kau hehehe

    ReplyDelete
  4. hai hai
    jenuh jugak la nak vacum sawang kat blog ni ek? kehkeh
    eleh kata kat syah tu dia pun dok diam gak pe.

    ReplyDelete
  5. @Diket: so far aku baru bawak berlari sekali je. bwk jalan2 ok. not too bad. ringan, tapi still ada cushioning le. utk short-medium distance ok kot? tak sure berapa lama boleh tahan (mileage)

    @kak June: kenapa gelak? bukan i tulis a bit serious ke? haha, kidding... i like the yellow ones better - striking you :)

    @Deo: Thanks man. sib baik Lunamaya, bukan Lunatic. :)

    @Julin: actually, i dapat clearkan sawang kat pintu blog ni je. yg lain ada la. i'm going for the rustic look :D

    ReplyDelete
  6. siapa lari Rome Marathon confirm naik ViVa Elite..kih kih..eh bro tahun ni PBIM macam biasa yek, kita pacing sama-sama kat finishing line :p

    ReplyDelete
  7. so injury caused by tukar kasut baru + jalan jalan shopping raya? :D

    ReplyDelete
  8. Ray: tahun ni aku skip PBIM le... so tahun ni kau buat full + 10k recovery ke? hehehe.

    Syah: gelak kau ek? :D

    Sila: I knowwwww righhhhtttt? tu belum lagi cari dollhouse? whoops.. lol!

    ReplyDelete

Post a Comment