PNM 2011: Tukang sibuk

Disclaimer: Sekali lagi, ni post caca-marba, pakai boh, bahasa campur-campur, tak proof-read dan ala-ala tangkap muat aje :D

Aku memang tak plan nak masuk PNM tahun ni.  Nak training sikit punya malas sekarang ni.  Lari 5-7 km lepas kerja pun dah semput.  Jadi tak payah la aku nak buktikan kat orang ramai yang aku gila-gila unfit sekarang ni.  Tambah-tambah lagi terkenangkan PNM tahun lepas, marathon aku yang pertama, yang mana aku habis hampir kul 2 pagi.  Makanan bungkus pun dah habis.  Van Milo pun dah tak nampak bayang.  Yang tinggal pun runners yang baru aje habis.  Sib baik la adik-adik aku tunggu aku habis lari.  Tapi kan... mesti lah diaorang kena tunggu.  Sebab aku yang drive :D

Hari Jumaat lepas ni, macam biasa aku ngan member-member ofis main ultimate frisbee version kitaorg sendiri.  Entah le kenapa hari tu main sikit punya lasak.  Kena cakar la.  Aku siap jatuh guling-guling lagi atas gelanggang futsal tu. Melecet la siku sikit.  Tapak tangan lak calar-balar.  Malam tu nak tidur pun susah sikit sebab belakang sakit.  Kalau orang tanya apasal luka-luka ni dan aku jawab "main frisbee" sure orang nganga tak caya.  Frisbee?  Kalau main futsal ke, ragbi ke, baru la macho ye tak?  Ni, frisbee.  Kah kah kah.

Hari Sabtu siang lak, aku ngan adik-adik aku gi tengok Real Steel kat Sunway Pyramid.  Best gak citer dia.  Sebelum balik, kitaorg tapau bawak balik air mineral, Milo tin, vitagen, keropok, roti dan twiggies. Adik aku siap beli donut mini J.Co.  Aku yang pesan.  Ala-ala nak berpiknik kat Putrajaya malam tu lah katakan. LOL!

Aku ngan adik aku sampai Putrajaya masa maghrib, so terus parking kat basement Masjid besi.  Sempat lagi masa tu la diaorang sembur asap bunuh nyamuk tu.  Tunggu adik aku tu habis sembahyang dan bersiap, dah kul 7:30.  Sampaikan bila pergi starting line nak ucap good luck kat abang aku yang lari full pun tak lama.  Dah tu, yang lawaknya, dengan tak de warning atau countdown, tup-tup bunyi mercun roket dengan tembakan pistol  Akak ipar aku pun tak sempat nak tengok abang aku flagged off sebab dia simpan barang kat keta.
my brother with his signature "W" sign

Bila aku jumpa akak ipar aku kat starting line, aku perasan dia tengah ambil gambar.  Dia tanya mana abang Khaleed?  Aku kata la "dah lari.  Yang ni, half marathon"  Hahaha.  Dia punya la tercari-cari laki dia (abang aku tu).  :D

Tak lama lepas half marathon kena gun-off (pun tak de countdown, terus aje tembak), turn kak Zura masuk kandang.  Punya la semangat 10k runners, sampaikan diaorg berlari ke depan kandang.  :D Oh ya, sempat jumpa sorang lagi member yang first time masuk 10k.  Cayaklah Azlan!
my sis  and SIL
Azlan, junior kat U dulu

Sambil tunggu kak Zura habis, kitaorang open table kat gerai char kuay teow tu.  Macam tak cukup barang-barang piknik, kitaorg order char kuay teow sorang satu.  Syok nya tak lari.  Hahaha.

Bila kitaorg suspek yang kak Zura dah nak sampai, baru la kitaorg tukar port ke sebelum finishing line 10k runners tu.  Akak ipar kitaorg tu habiskan dengan masa yang baik gak le, lebih-lebih lagi dia rasa side-stitches 6km pertama.  Lepas tu dia kata, side-stitches tu terus hilang, jadi dia dapat la tambahkan pace.

Abang aku tu memang terrer la.  Masa SCKLM tu dia terlepas sub-4 dalam beberapa minit aje.  Jadi kitaorang mula melepak kat finishing line FM tu sejak 4 hour mark lah.  Masa dia sms my SIL dalam pukul 11 lebih tu, dia kata dia ada lagi 11km.  Tunggu punya tunggu, tak sampai-sampai jugak.  4:10... 4:15 ... 4:20 ... 4:25... tak nampak lagi batang hidung. 4:35 ... masih lagi tak ada.

Sambil tunggu tu, Syed datang tegur.  Member target sub-2 utk half, tapi dia off beberapa minit.  Okay la tu Syed.  Kata tak training sangat, tapi timing power!

Jadi, nak pendekkan cerita, abang aku habis dalam masa 4:48.  Power!  Dia kata bukit tak habis-habis last stretch tu.  Tu pun aku kata kat dia, route kali ni lain sikit daripada tahun lepas yang kena u-turn kat PICC.  Kalau abang aku komplen pasal bukit, kalau aku masuk alamat habis lambat la :)

Lepas abang aku dah tamatkan larian, kitaorg pun sama-sama balik.  Tu yang tak sempat nak jumpa RBUs yang lain.  Sori lah ek?  Tapi pelik gak tak perasan kak June atau sesapa yang familiar selain Syed.

Nak dijadikan cerita, parking basement masjid besi tu dah tutup.  Abang yang jaga kat situ kata dah tutup pukul 10 lagi.  Aisey!  Masa mula-mula dia macam malas nak layang kitaorang.  Dia kata basement bukak pukul 5.  Lama lagi tu!  Abang aku try to reason out dengan kata kitaorg dari KL.  Dan masa tu bukan kitaorg adik-beradik aje.  Ada la 3-4 runners lagi yang nak ambil kereta.  Alhamdulillah tergerak la hati brader tu nak bukak pagar parking tu untuk kitaorang.  Terima kasih bang....


Cuba teka kat mana kitaorg melepak mengeteh?  Pelita dekat KLCC.  Hahaha.  Tapi make sense la sebab kira on the way jugak la nak balik rumah.  Ramai gak umat kat situ, termasuk la yang baru habis ber-marathon/poco-poco kat kelab :D

Tahniah kat semua yang habiskan larian minggu lepas.  Jealous gak tengok status dan blog updates.  Aku cuma tunggu Nike run tu je lah.  Tu pun tak tahu larat ke tidak.  Whatever it is, mesti takkan lagi teruk dari PW kat Men's Health masa aku temankan adik aku tu....  12.3km dalam masa 2:10.  Ngeh ngeh ngeh (tiru EnAiKay)

Over and out!

Comments

  1. "Jadi tak payah la aku nak buktikan kat orang ramai yang aku gila-gila unfit sekarang ni." Lol, I love this sentence .. Kj dah sebesar gini pun boleh miss ..ish ish ish .. Next time !! Glad they all had a good run!!

    ReplyDelete
  2. Memang entry sempoi bro. Port pelita KLCC yang ultimate sempoi. Kau patut ajak brader masjid besi lepak sekali :]

    Jumpa di larian boria nike ye.

    ReplyDelete
  3. Jomlah teman aku lari FM PBIM aku yang pertama!! terkenang aku sejarah tahun lepas...kih kih

    ReplyDelete
  4. kak June: Hahaha. It's true right? :)
    Tu la tu, I was there not that far from the finishing line drpd pukul 12 sampai 12:50 la. sempat tgk diaorg bungkus papan tanda mineral water & 100+ tu.

    Diket: you're too kind sebab label entry ni sempoi. hehe. terima kasih la sbb sudi baca na.
    ya betul, larian boria sambut tahun baru hijrah!

    Ray: haha, sejarah tahun lepas aku dah buang laut dpn queensbay tu. so tahun ni kau lari full, lepas tu buat recovery run 10k kan? ;)

    ReplyDelete
  5. Jom cRAYzyef dah ajak lari fm tu! Aku ajak makan nasi kandar je lah...jom! Hikhik

    ReplyDelete
  6. tsar, forgot to ask. was real steel OK for kids? planning to bring my son :]

    ReplyDelete
  7. real steel sangat ok utk bonding bapak dan anak.
    zarin: macamana main frisbee sampai luka2 ni..heran sket, korang tangkap ngan gigi ka?
    Good running report from the observatory side..kehkeh

    ReplyDelete
  8. awww, thanks Doc sebab bagi reply kat Diket.

    Doc Julin, haha.. skill tangkap dengan gigi tu belum digilap lagi. tu kena set apptment ngan Doc untuk taruk grill :)

    ReplyDelete
  9. i prefer the char koey tiau to the running myself too hehehehe :D

    ReplyDelete

Post a Comment