KLTA-KL Tower Amazing Hunt

Ahad 28hb Feb yang baru lepas ni, aku ngan geng dari sekolah  masuk la acara KLTA-KL Tower Amazing Hunt. Ni kira salah satu aktiviti yang bebudak ni buat atau ajak ikut serta untuk aktifkan penyertaan dan tingkatkan silaturrahim. Cewah :). Kalau bab futsal, aku takat tunjuk muka dan belikan air je sebab dah kaki bangku :D. Sekarang ni diaorang ni banyak buat friendly ngan pasukan lain sebab bulan April ni ada pertandingan antara SBP. Lagilah aku tak nak main. Terserahlah lagi kekakibangkuan aku ngan orang-orang luar. Tak payahhhh. Hahaha. Kalau nak lari-lari tu aku rasa aku bolehlah lagi. Ni skill langsung tak de, nak buat apa :'D.
Takat amik gambar masa futsal je. Hehehe
Aku sebenarnya tak rancang nak tulis panjang-panjang pun kali ni. Tulis sikit, lepas tu tempek gambar-gambar dalam 5, 6 keping. Cukup lah kan. Setakat nak kuncikan event ni dalam blog /online journal aku ni. Senang sikit nak tengok-tengok balik kan…

Treasure hunt ni bermula dari lokasi pertama kat Muzium Negara. Dan Lokasi yang kelapan dan terakhir kat Menara Kuala Lumpur. Kat tengah-tengah tu ada 6 lokasi yang pandai-pandailah korang nak rancang perjalanan -- Aquaria, One Seafood restaurant @Jalan Bukit Bintang, Kompleks Budaya Kraf, Healy Mac’s 12 Bar Cafe @Jalan Ampang, Farm in the City @Seri Kembangan, Marina Putrajaya dan Skyrides Festival Park.

Mungkin sebab kitaorang ni bukan treasure hunters tegar, jadi kitaorang rasa soalan-soalan dia agak mencabar la jugak. Terasa bodoh pun ada jugak. Hahaha. Kata masuk nak suka-suka kan. Hehehe. Masa kat Aquaria semangat tu tinggi lagi. Bila dah pergi lokasi kedua, ketiga, jawapan dah samar-samar. Bila dah sampai Marina Putrajaya, masing-masing pulak dah penat. Semua dah kategori veteran :D.

OK lah, jom kita layan gambar-gambar la pulak :)
Kita wefie dulu sambil2 tunggu team satu lagi sampai

Wajah2 ceria di pagi hari :D. Ada sorang tu nak ambil gambar dengan keretapi :)

Kat Aquaria

Kitaorang ada paparazzi rasmi 

Ni tak termasuk dalam tugasan pun. Alang2 sampai sini (Farm in the city), ok gak ambik gambar ngan anak ular la kan ;)
Muah ciked... sambil2 buat tugasan :)
"Sounds like a commercial transportation that don't move fast"



Boleh tahan gak 'Farm in the City' ni. Boleh bawak keluarga tengok haiwan2 mcm ni dengan lebih dekat

Salah satu tugasan untuk ambil selfie/wefie, muat naik ke FB dan dapatkan 10 likes

Kita cuba lagi... Panas sangat sampai tak nampak skrin

Ni dah sampai Menara KL. Tunggu nak serahkan tugasan terakhir dan barang2 'harta karun'

Ni ceria kat luaran je ni. Padahal penat giler :D

Cara pegang selfie pod tu macam nak carik bom :D

Kita makan dulu

Kalau boleh baring, kitaorang dah baring dah :'D

Haha, menang hadiah lucky draw pergi zoo mini. Tak pasti tu kira lucky ke tak :D
Kitaorang lepak kat Menara KL sampai diaorang umumkan pemenang-pemenang lucky draw dan kategori Tertutup. Yang kategori Terbuka lak kitaorang tunggu sampai nombor 4. Lepas tu kitaorang chow sebab nak solat maghrib dan tak nak berebut lif. Aku yang jarang bernasib baik menang bab -bab lucky draw ni dapat la dua tiket ke Mini Zoo Menara KL tu. Hahaha, siot je bebudak ni bantai gelak bila MC tu umumkan. Kononnya, member aku si Che [Cheramiche] ni kata nama aku naik untuk grand prize lucky draw. Tapi aku dah turun dah masa tu. Huhuhu. Ingatkan dah menang lucky draw nama tak naik dah. Itu lah namanya tak de rezeki... Insya Allah akan digantikan dengan yang lebih baik kan? :) Aamiiiin.

Comments