Trip KePenangKeKita: cuti Deepavali 2016

Aku pergi Penang masa cuti Deepavali tahun lepas. Masa mula macam malas nak tulis post ni tapi sebelum ada post yang terbaru, elok la letak kan walaupun dah basi sikit :D. Bukannya banyak benda nak tulis pun. Lagi satu, aku tengok blog aku ni sunyi sepi je. Yelah, nak cuti, cuti nya tak de. Hahaha.

Ni dah kira tahun ketiga aku bercuti kat Penang dan stay kat Hard Rock Hotel Penang dekat2 dengan birthday aku. Pamper diri sendiri. Bukannya ada orang pun nak treat aku :D. Hati pun senang. Tak de nak terhutang budi kat orang ke apa ;). Bagi aku, bilik Lagoon Deluxe HRH ni best sebab bukak je sliding door dah boleh terjun ke pool. Malam pun boleh sampai pukul 10.


Kali ni, aku stay kat bilik Lagoon Deluxe dua malam, dan satu lagi malam pindah ke bilik Rock Royalty Seaview Deluxe. Saiz bilik ni sama je, cuma dia kat tingkat 6 (paling atas), sekali dengan access ke Rock Royalty Lounge. Makan best sikit la. Sarapan pagi, minum petang (ni tak sempat try sebab kitaorg keluar) dan evening cocktail.

Selalunya bila sebut pasal Penang, semua kata makan-thon atau jalan-jalan cari makan. Kali ni, aku dapat la merasa nasi padang Minang kat Transfer Road, mee sotong Hameed Pata dengan air coconut shake, rojak kat Gurney Drive, nasi kandar kat Hameediyah dan sup Hameed. Cukup la kot. Itu pun tak sempat nak cuba semua. Masa tak mengizinkan. Malam pertama tu hujan sampaikan Georgetown banjir. Jadi kitaorg gi makan kat gerai je la kat Ferringhi tu.
(maaf lah ye, gambar-gambar nya tak de. Makan mana boleh main tepon :D.)

Okay, jom tengok gambar-gambar lain lak. Enjoy!



Yay dah sampai. MJ sambut

Pakai la baju HRC Boston ;)


Haa, ni dia bilik Lagoon Deluxe... Nampak tu kolam kat luar tu je

John Lennon temankan tidur malam2. Sweet ke scary? Hahaha

Tarikan graviti katil lagi kuat daripada kolam.. Hehe. Jauh pe nak drive ke Penang... ok, 5 minit lagi... hehehe

Mak marah ni kalau tahu mandi kolam dalam hujan

Bang, teh tarik satu

laa, saya mintak teh tarik la bang... okay lah, boleh la. Charge to the room please. Cewah :D

Mahal bebenor. Sekali sekala kan

I want! Hahaha

Malam terakhir kita pindah atas....
Rock Royalty lounge...

Ada paparazzi la plak

Fefeeling royalty. Hahahaha

Dari atas memang cantik

Kalau boleh nak ada view ni hari-hari
Jeles lak diaorg mandi pool. Dah duduk atas ni malas dah nak turun



Cubaan 'day and night' yang tak menjadi sangat... Tapi boleh tahan la kan?

Masa pergi pekena mee sotong Hameed Pata ni, kebetulan dah hari terakhir jelajah Buddy Bears ke Esplanade/Padang Kota Lama. Pernah jumpa beberapa bebears yang serupa masa jalan-jalan kat Berlin 2 tahun lepas.

Banyak nye bear... rambang mata sat

Kena la cari US punya ;)

:'D

Haha, nampak sangat tak kerja. Ada abang jual aiskrim tepi tu senyum je... hahaha. Alamak, perut terkeluar plak :D

*No caption needed*

Khas buat adik aku yang terchinta. Nganjeng tetap nganjeng :D

bear = mc^2 ?

Oraits semua, jumpa lagi kat posting selepas ni. In sya Allah.

Comments