Fuh! Terjaga jugak bila alarm pertama berbunyi pukul 3. Masa check-in semalam, aku tanya la ada ke staff bertugas bila nak checkout pukul 4 pagi? Diaorang siap offer wake up call. Macam tahu je aku takut tak terjaga. Kang kena tinggal kang :D.
Member aku ngan akak dia jemput aku pukul 4:20. Sebelum pukul 5 dah sampai dah stesen Penang Sentral - Butterworth tu. Geng lain dah sampai awal lagi. Dasat.
Tren komuter ni makan masa dua jam nak sampai Padang Besar. Kerusi dia sepanjang dinding tren tu, jadi duduk mengadap penumpang lain lah. Awal-awal tu kitaorang rancak gak berborak, tapi lama-lama sorang-sorang tumbang :D.
Sampai kat Padang Besar pukul 7:15 tu, ada satu abang ni offer tiket van ke Hat Yai 15 ringgit satu kepala. Sebabkan imigresen belah Siam tu bukak dekat-dekat pukul 8, jadi kitaorang baru jalan ke sempadan dalam pukul 7:40. Sambil-sambil tunggu kitaorang ngeteh kat kedai makan kat stesen tu.
Selepas imigresen Malaysia, kitaorang naik pickup truck untuk ke imigresen Thai.
Alhamdulillah kitaorang tak beratur panjang kat kaunter imigresen tu. Dalam 10 orang je kat depan kitaorang kat booth kat jalan tu. Yang sampai dengan bas kena beratur kat dalam bangunan.
Lepas tu kitaorang naik pickup truck untuk ke depot van yang dalam seminit dua dari sempadan. Kena tunggu dalam dua-tiga orang lagi sebelum van gerak.
Memandangkan hotel kitaorang jauh sikit dari tengah bandar, jadi kitaorang berenti kat Lee Gardens Plaza. Selalunya orang Malaysia akan duduk sekitar Lee Gardens Plaza ni. Sambil-sambil tunggu waktu check-in, kitaorang makan sarapan dulu kat Salma dan lepak-lepak makan aiskrim.
Rasanya dalam pukul 5 lebih baru kitaorang keluar hotel nak ke Khlong Hae Floating Market. Jangan terkejut kalau mana-mana korang pandang atau terlaga bahu, ada je orang Malaysia. Bukan kat sini je, tapi kat mana-mana pun kat Hat Yai dan Songkhla ni. Itinerary orang Malaysia semua lebih kurang sama je :D.
Makanan kat sini secara amnya antara 20-40 baht je. Macam padthai tu 40 baht. Cucur udang meriah lak 20 baht. Yang seronok tengok, makanan yang dijual tu hampir semuanya lain.
Lepas perut dah kenyang dan gegurls sempat beli ikan bilis, kitaorang pun naik tuktuk ke Asean Night Bazaar. Sambil gegurls pergi tengok barang-barang dan shopping, aku ngan member aku naik atas ke kedai-kedai makan. Ada la dalam dua pusingan kitaorang buat nak tengok makanan kat situ. Rambang mata weh. Harga pun murah-murah. Bayangkan udang galah 140 baht je sepinggan. Perut macam masih kenyang lagi, tapi rasa rugi lak kalau tak cuba satu dua makanan. Lagipun lama lagi kot nak tunggu gegurls tu. Hehehe. Akhirnya kitaorang pilih telur sotong dan mee tomyam.
Bila gegurls dah selesai shopping2, kitaorang pun balik hotel. Sambung esok plak...

![]() |
| Stesen Padang Besar |
Selepas imigresen Malaysia, kitaorang naik pickup truck untuk ke imigresen Thai.
![]() |
| Tunggu pickup truck nak ke imigresen Thai |
Alhamdulillah kitaorang tak beratur panjang kat kaunter imigresen tu. Dalam 10 orang je kat depan kitaorang kat booth kat jalan tu. Yang sampai dengan bas kena beratur kat dalam bangunan.
Lepas tu kitaorang naik pickup truck untuk ke depot van yang dalam seminit dua dari sempadan. Kena tunggu dalam dua-tiga orang lagi sebelum van gerak.
![]() |
| Van ke Hat Yai |
![]() |
| Sempat zzzz dalam van :-) |
Memandangkan hotel kitaorang jauh sikit dari tengah bandar, jadi kitaorang berenti kat Lee Gardens Plaza. Selalunya orang Malaysia akan duduk sekitar Lee Gardens Plaza ni. Sambil-sambil tunggu waktu check-in, kitaorang makan sarapan dulu kat Salma dan lepak-lepak makan aiskrim.
![]() |
| Menapak nak ke restoran Salma |
![]() |
| Nasi lemak singgora, ada kari hijau, kerabu dan udang kecik2 yang masak manis |
![]() |
| Aiskrim Matcha-sumi kat Kyo Roll En... matcha & charchoal |
![]() |
| Aktiviti harus.. heheh |
![]() |
| Jarak antara Lee Gardens dan Leevana |
Rasanya dalam pukul 5 lebih baru kitaorang keluar hotel nak ke Khlong Hae Floating Market. Jangan terkejut kalau mana-mana korang pandang atau terlaga bahu, ada je orang Malaysia. Bukan kat sini je, tapi kat mana-mana pun kat Hat Yai dan Songkhla ni. Itinerary orang Malaysia semua lebih kurang sama je :D.
![]() |
| Leevana > Khlong Hae Floating Market > Asean Night Bazaar |
![]() |
| Dah sampai Khlong Hae Floating Market |
![]() |
| Lebih 90 peratus pengunjung dari Malaysia kot :D |
Makanan kat sini secara amnya antara 20-40 baht je. Macam padthai tu 40 baht. Cucur udang meriah lak 20 baht. Yang seronok tengok, makanan yang dijual tu hampir semuanya lain.
![]() |
| Buluh dan tembikar sebagai bekas minuman |
![]() |
| Cucur udang 20 baht |
![]() |
| Cucur udang & pad thai |
Lepas perut dah kenyang dan gegurls sempat beli ikan bilis, kitaorang pun naik tuktuk ke Asean Night Bazaar. Sambil gegurls pergi tengok barang-barang dan shopping, aku ngan member aku naik atas ke kedai-kedai makan. Ada la dalam dua pusingan kitaorang buat nak tengok makanan kat situ. Rambang mata weh. Harga pun murah-murah. Bayangkan udang galah 140 baht je sepinggan. Perut macam masih kenyang lagi, tapi rasa rugi lak kalau tak cuba satu dua makanan. Lagipun lama lagi kot nak tunggu gegurls tu. Hehehe. Akhirnya kitaorang pilih telur sotong dan mee tomyam.
![]() |
| Dah sampai Asean Night Bazaar |
![]() |
| Besar tuuu |
![]() |
| Seronok tengok cara penyampaian makanan kat food court |
![]() |
| Tu diaaa. Udang 140 baht je |
![]() |
| Squid eggs |
![]() |
| tomyam |
Bila gegurls dah selesai shopping2, kitaorang pun balik hotel. Sambung esok plak...

Comments
Post a Comment