Muqaddimah
Alhamdulillah, sudah seminggu aku balik dari mengerjakan ibadah umrah. Semoga aku dan jemaah lain diberi rezeki umrah maqbullah oleh Allah SWT. آمين..إن شاء الله.
Untuk blog umrah ni, aku cuba taip dalam Bahasa Melayulah. Senang sedikit kalau bab agama ni ditulis dalam Bahasa Melayu. Cuma bercampur dengan bahasa formal dan bahasa pasar je lah. Jangan gelakkan aku 😁.
Idea untuk menjalani ibadah umrah atau lebih baik lagi "jemputan Allah" untuk menunaikan umrah ni tercetus semasa awal bulan Julai, Lebih-lebih lagi untuk sambutan hari kelahiran jubli emas, aku rasakan lebih afdalnya sekiranya aku dapat sambut di bumi suci Madinah/Mekah sebagai tanda syukur ke hadrat Ilahi atas segala-galanya sepanjang usia aku ini. Dan pada waktu yang sama, aku boleh ambil peluang untuk mencari keredhaan dan keampunan dari Illahi serta mendekatkan lagi diri dengan Allah. إن شاء الله.
Sebelum pergi umrah, secara jujurnya aku rasa sedikit "overwhelm".
Satu - sebab aku tak pernah pergi lagi ke Mekah dan Madinah. Dan ini adalah perjalanan untuk melakukan ibadah dan bukan untuk bercuti-cuti atau santai-santai seperti percutian-percutian sebelum ini. Lebih-lebih lagi, di Tanah Haram doa-doa adalah mustajab termasuklah apa yang dizahirkan oleh mulut. Bak kata orang, "dapat cash". Ada 2-3 orang rakan yang menceritakan yang mereka takut kalau tak nampak kaabah semasa mereka mengerjakan ibadah umrah sebelum-sebelum ni. Ini semua salah mastika! Tapi yang seorang tu member Indo. Takkan Mastika sampai ke Indonesia? 😝
Nombor dua - buku panduan yang diberi oleh Rayhar pula penuh dengan doa-doa (seperti doa masuk Mekah atau Madinah, doa melihat Kaabah, doa-doa di setiap penjuru Kaabah dan doa di lampu hijau semasa sa'ie) yang mana lain daripada doa-doa seharian aku. Semestinya kita nak score A+ kan? 😇
Nombor tiga - apakah saranan rutin seharian memandangkan kita tak perlu fikir lagi pasal kerja dan tolak tepi perkara-perkara lagha atau yang mensia-siakan?
Aku sempat menanyakan abang-abang aku dan geng terdekat akan rutin dan tips di tanah suci. Setiap orang memberikan jawapan yang agak berlainan. Antara lain:
- Iktikaf di masjid
- Lebihkan solat-solat sunat
- Ngaji Quran
- Banyakkan zikir dan selawat
- Banyakkan sedekah. Pekerja-pekerja di masjid semua tu tabung sedekah bergerak
- Tawaf sebab di Masjidil Haram je yang boleh buat tawaf
- Pergi masjid awal dalam sejam sebelum sebab orang ramai
- Doa je dalam Bahasa Melayu. Lagi kita faham, lagi mendalam doa dan permintaan kita.
- Jangan lupa cuba makan nasi kambing dan unta 😀
- al-Baik pun jangan lupa 😄
Yang ke-empat - larangan-larangan berihram dan rukun-rukun umrah. Kalau salah buat, masih dikira dalam berihram 😶
Nombor lima - kiriman-kiriman doa. Aku pun tak setel lagi dengan doa-doa aku, orang-orang dah pesan kat aku 😄. Okeylah, aku boleh tiru doa orang lain 😇. Dan seorang member kata, setidak-tidaknya Allah Maha Mengetahui akan doa-doa hamba-hambaNya. "Allah knows best". Betul juga tu. Dan insya Allah dalam doa-doa mereka, akan ada manfaatnya untuk kita 😇
Ada yang bertanya, pergi sorang je ke? Betullah tu. Kalau pergi dengan geng, tak jadi beribadah pula nanti. Asyik gelak je nanti 😅
![]() |
| Belum pergi beg dah penuh. Ada alasan tak beli apa-apa sangat |
Bertolak ke Madinah
![]() |
| Ahjomm. Err mcm tak nampak nak buat umrah je 😑 |
![]() |
| 20 kilo jeee :D |
![]() |
| Gambar jemaah di KLIA (ihsan: Rayhar Travels) |
Penerbangan dari KLIA ke Madinah memakan masa lebih kurang 9 jam. Dah dua tahun juga lah tak travel jauh-jauh macam ni. Kami diberi makan sebanyak dua kali - sejam selepas berlepas dan 2 jam sebelum mendarat. Sempat juga aku lelapkan mata sambil-sambil tu. Nak menonton wayang macam tak kenalah pula sebab nak mengerjakan umrah kan? 😊
![]() |
| Carta penerbangan MH158 KUL - MED (ihsan FlightAware) |
![]() |
| Jiran sebelah takde |
![]() |
| Ikan masak apa tah. Lupa 😅 |
![]() |
| Nasi kukus dengan ayam berempah. Cheesecake tu sedap tapi makan sikit je takut perut meragam sebab dairy |
Hari Pertama di Madinah
Keesokan harinya, alhamdulillah aku bangun pada alarm yg pertama pada pukul 3:45 pagi. Kalau bab subuh ni, aku sememangnya agak liat nak bangun. Abang aku sudah memberi cadangan agar sampai di Masjid Nabawi sekurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam sebelum masuk waktu. Semasa aku dalam perjalanan ke masjid, azan telah berkumandang untuk menandakan subuh akan menjelang lagi satu jam.
![]() |
| Peta Masjid Nabawi (ihsan wmn.gov.sa) |
![]() |
| Sebelum Subuh |
![]() |
| Ok, dapat tempat untuk solat. Ini pun dah nak penuh |
![]() |
| Collage untuk semua rak kasut yang aku guna sepanjang di Madinah. Yang kerap guna ialah 321 supaya senang ingat 😊 |
Selepas Subuh dan sarapan, kami berkumpul di hotel pada jam 7 pagi untuk ziarah luar sekitar Madinah. Aturcara ziarah luar ialah:
- Jabal Uhud
- *melalui Masjid Qiblatain
- *melalui Masjid Tujuh
- Masjid Quba
- Ladang Kurma.
![]() |
| Peta Madinah dan ziarah luar |
Di Jabal Uhud kami telah diceritakan mengenai Perang Uhud dan para syuhada uhud yang diketuai oleh Hamzah abd al-Mutalib RA. Kita semua pernah dengar kisah-kisah Nabi dan sahabat-sahabat, tetapi apabila kita berada di sini, kita amat bersyukur dan berterima kasih atas segala pengorbanan mereka semua dalam mengembangkan syariat Islam.
![]() |
| Antara hadis-hadis berkaitan Bukit Uhud (ihsan: Pejabat Mufti WP) |
![]() |
| Panduan ziarah dalam bahasa Indonesia |
![]() |
| Perkuburan Syuhada di Uhud |
![]() |
| Masjid Qiblatain |
Semasa di Masjid Quba, Ustaz menasihati kami untuk bersolat sunat seperti solat Tahyatul Masjid dan solat sunat lain seperti solat Dhuha atau solat hajat.
![]() |
| Sekali sekala kita berswafoto lah 😸 |
Di ladang kurma pula, aku hanya beli satu bekas kurma ajwa. Sememangnya aku tak bercadang untuk berbelanja sangat. Cukuplah untuk buat "raso-raso" di rumah. Aku pun dah mintak maaf kat geng awal-awal lagi 😆. Aku bersama beberapa jemaah lain langsung ke kedai belakang untuk makan bakso yang Ustaz Shaarani sarankan. Sememangnya sedap sepertimana yang ustaz katakan. Cuma harganya agak keras sedikit lah iaitu SR 20 untuk setiap satu. Alhamdulillah rezeki juga tu.
Sekembalinya kami ke hotel, kami sempat bersembahyang Zohor dan Asar di masjid. Dalam perjalan pulang ke hotel untuk makan tengahari selepas Zohor, aku singgah sebentar di Taiba Shopping Center sebab abang aku ada kirim minta belikan minyak atar. Agresif juga cara penjualan mereka - Bagi salam, hulur tangan, terus tarik ke dalam kedai. Aku terus gelak-gelak dan lari 😂. Kosa kata diaorang sudah dikemaskini. "Malaysia Madani" dah sekarang 😄.
Tatkala aku masuk ke masjid untuk menunggu solat Maghrib, ramai yang memanggil-manggil para jemaah ke kawasan saf mereka. Termasuklah seorang ni yang menarik tangan aku lalu menyuruh aku agar duduk di saf yang dikhaskan untuk pasukan dia. Rupa-rupanya hari ni hari Khamis, mereka ingin bersedekah untuk berbuka puasa. Setiap orang akan dibekalkan dengan air teh panas, air botol, kurma, roti dan makanan lain seperti yogurt.
![]() |
| ada persempadanan kawasan 😀 |
Selepas isyak dan sebagai penutup hari, pihak Rayhar telah mengadakan majlis tahlil dan doa selamat di ruang makan di hotel. Semoga roh-roh arwah diletakkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiiiinnnn
![]() |
| Tahlil & Doa Selamat. Ada gambar aku 😇 (ihsan: Cikgu Rohaya) |
.jpg)
.jpg)
.jpg)


.jpg)
.jpg)
.jpg)



















Comments
Post a Comment