Hari Kedua di Madinah
Hari kedua di Madinah jatuh pada hari Jumaat barakah. Walaupun kami hanya berada di Madinah selama 2 malam dan selebihnya 6 malam di Mekah, kami bersyukur dapat berjumaat di Madinah dan di Mekah.
Dah 2 rakan aku tanya kenapa tak tulis dalam Bahasa Inggeris 😅. Sebab mereka dah terbiasa baca dalam English 🤪.
Kompilasi sebahagian video-video yang dirakam hari ni
Sebelum Subuh
![]() |
| Tak jemu melihat pandangan ni |
![]() |
| 😇 |
Selepas Subuh dan sarapan, kami dipimpin oleh ustaz-Ustaz untuk berziarah dalam perkarangan masjid. Kami bermula dari pintu 341 dan menyusuri perimeter dalam masjid untuk ke arah selatan sambil melalui dinding tepi Baqi'.
![]() |
| Muqaddimah oleh ustaz Abd Hadi |
![]() |
| Peta |
Setelah puas bergambar berlatarbelakangkan kubah hijau, kami berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan ikut Ustaz Abd Hadi ke Masjid Ghamamah manakali kami bertiga ikut Ustaz Shaarani untuk pergi ke laluan tepi Raudhah dan Makam Rasulullah.
Sebelum pergi menunaikan solat Jumaat, aku telah diajak oleh ustaz-ustaz dan 2 lagi jemaah untuk makan tengahari. Pi pekena nasi kambing dan daging unta 😅.
Ustaz-ustaz buat pesanan untuk daging unta, hati kambing biri-biri, sup kambing dan roti sebesar meja 😄. Daging unta dan hati biri-biri tu memang sedapppp. Takde bau pun. Yang sup daging kambing tu aku makan sedikit je sebab isi dia lembik-lembik 🙊.
![]() |
| Hati biri-biri dan daging unta |
![]() |
| Sup kambing |
Dengan perut yang kenyang, aku sampai ke masjid satu jam sebelum azan Jumaat. Saf di luar pun dah penuh dengan jemaah. Alhamdulillah dapat juga aku bersolat di dalam masjid.
Selepas solat Jumaat dan makan tengahari, aku dan beberapa jemaah lain menunggu di lobi hotel untuk dibawa ke Raudhah. Kami dapat slot menggunakan permit muasasah yang diusahakan oleh pihak Rayhar. Memandangkan permit muasasah ni bertindan dengan slot masuk Raudhah menggunakan app Nusuk, jadi kami batalkan slot Nusuk. Manalah tahu ada rezeki untuk datang lagi dalam masa setahun ni kan? Sebab slot di app Nusuk ni hanya dibenarkan masuk Raudhah sekali dalam masa setahun.
Bagi aku, permit muasasah ni lebih mudah untuk masuk Raudhah sebab mengikut kumpulan. Selepas scan di pintu masuk permit muasasah, kami terus diberi masuk ke dalam Raudhah setelah mengerjakan tahyatul masjid. Alhamdulillah, pengalaman masuk ke Raudhah adalah suatu pengalaman yang penuh rasa rendah diri dan kerdil (humbling).
Memandangkan waktu dalam Raudhah tu agak singkat, aku memilih untuk masuk ke laluan tepi Raudhah dan makam Rasulullah sekali lagi. Kali ni jemaah agak ramai berbanding di awal pagi tadi. Semuanya mahu menyatakan kerinduan terhadap Rasulullah dan memohon syafaat baginda SAW.
![]() |
| Daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah ï·º SAW bersabda: “Syafaatku untuk orang yang melakukan dosa besar dalam kalangan ummatku.” - [Imam Ahmad] |
![]() |
![]() |
| Mimbar |
![]() |
| Sabda Rasulullah ï·º SAW yang bermaksud, "Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah seperti mana ular kembali ke lubangnya" (Riwayat Bukhari dan Muslim) |

![]() |
| Rasulullah ï·º bersabda: “Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman dari taman-taman syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) |
![]() |
| Bahasa Indonesia adalah satu bahasa yang digunakan |
![]() |
| Dapat solat Asar di saf-saf hadapan di bahagian kanan masjid |
Setelah selesai solat Asar, kami berkumpul semula di hotel untuk mendengar taklimat dan penerangan umrah daripada mutawif kami.
Antara intipati taklimat umrah ialah cara nak senang ingat pusingan tawaf ialah:
- memuji Allah
- memuji baginda Rasulullah SAW, yang bawa iman dan Islam kepada kita semua.
- doakan ibu kita
- doakan ayah kita
- untuk diri sendiri
- untuk pasangan kita, keluarga yg terdekat, rakan-rakan
- doa agar diberi ezeki untuk sempat bertaubat dengan nasuha sebelum meninggal dunia, rezeki dapat mengucapkan kalimah syahadah di saat ajal menjelma dan rezeki syurga Firdaus dan Naim selepas mati
Untuk solat maghrib pula, aku telah buat keputusan untuk bersolat di bumbung Masjid Nabawi.
![]() |
| Nama-nama minyak atar kiriman abangku |
Untuk solat Isyak pula, aku masuk kembali ke dalam masjid dan beriktikaf berhampiran payung-payung di belakang tapak asal masjid. Kubah hijau samar-samar kelihatan dalam kegelapan malam. السلام عليك يا رسول الله 💖

































Comments
Post a Comment