Umrah 2025 (III) - Umrah Wajib

Hari ni kami dengan rasa sedih meninggalkan Madinah dan bergerak ke Mekah untuk menunaikan umrah wajib. Sepertimana yang dikatakan ustaz, di Madinah kami adalah tetamu Rasulullah SAW. Di Mekah pula, kami akan menjadi tetamu Allah SWT.



Macam biasa, kita buat kompilasi video-video rakaman hari ni
(Bila ambil gambar, takde pula video. Bila ambil video, tak banyak pula gambar untuk letak di blog 😅)


Sebelum subuh. Subuh hari ketiga ✅

Selepas subuh

sanggup tunggu payung buka :)

Dah mula berihram dari hotel

Jemaah Rayhar berpecah kepada dua kumpulan. Mutawif kami Ustaz Shaarani akan ikut serta dengan jemaah yang menaiki bas, manakali aku akan naik tren laju HHR (Haramain High-speed Rail) bersama belasan jemaah lain. Perjalanan sejauh 450km hanya akan memakan masa selama 2jam 20minit. Oleh itu, bas akan bergerak dahulu pada jam 8:30pagi, manakala rombongan tren hanya akan bergerak dari hotel pada pukul 11pagi. Pihak Rayhar telah membeli tiket untuk tren pada pukul 12:50pm supaya rombongan bas dan tren akan tiba di hotel dengan jarak masa yang dekat.

Hotel ke stesen keretapi Madinah - lalu tepi Jabal Uhud

Madinah → Mekah

Kami pasang niat umrah tatkala kami duduk di atas kerusi. Staf tren pun ada memberitahu kami setelah tren bergerak yang mana tren akan melalui miqat dalam masa 2 minit. Kelajuan tren mencecah ke paras maksimum 300kmj di pertengahan jalan dan berhenti seketika di Jeddah.




Dah sampai Mekah
Menunggu di Stesen Mekah


Setibanya di hotel, kami mendapati jemaah rombongan bas telah sampai sebelum kami 😁. Masa sampai di stesen Mekah pun kami pun ambil masa untuk qada hajat dan solat.

Alhamdulillah hotel dekat dengan Masjidil Haram. Takde alasan la tak pergi masjid kan

Selepas Isyak, kami berkumpul untuk mengerjakan umrah wajib dipimpin oleh Ustaz Shaarani. Kami selesai tawaf dan sa'ie lebih kurang pukul 11:15 malam. 

Aku bersama 8 jemaah lain ikut Ustaz untuk pergi bertahalul cukur satu kepala di kedai bawah Safwa Towers.

Kiblat kami sejak kecil. Sekarang di hadapan mata kami. Alhamdulillah


😍

Semoga kami semua jemaah Rayhar diberi rezeki umrah maqbullah. Aamiiiin. (ihsan: Ustaz Shaarani)

(ihsan: Ustaz Shaarani)

Kedai dSaji dah tutup pulak, tak dapat nak pekena teh tarik




Comments