Selepas menunaikan umrah wajib malam semalam, hari ni hanya diperuntukkan untuk aktiviti persendirian dan taklimat postmortem umrah wajib selepas Asar.
Aku sebenarnya lupa nak set alarm untuk hari ni π . Semasa aku nak set alarm untuk sepanjang hari di Mekah, aku lupa nak tekan untuk hari Ahad. Aku tersedar pukul 4:30pagi. Mahu tak tergesa-gesa nak mandi, bersiap pakai baju semua π. Dalam kepala, terpikir mesti dah penuh dah masjid.
![]() |
| Jom subuh kat masjid. Hari ni hari istimewa jadi kita pakai baju melayu lahπ |
![]() |
| Solat di mataf 1 |
Aku mengambil kesempatan untuk membuat tawaf sunat selepas solat Subuh di mataf tingkat 1. 1 pusingannya lagi jauh, tetapi ia memberi aku peluang untuk berdoa, berzikir dan berselawat lebih lama. Kalau tak silap, dalam 1 jam lebih sedikit untuk menghabiskan 7 pusingan. Cuma kita harus berhati-hati dengan yang berkerusi roda dan yang kurang upaya.
![]() |
| Byk juga steps untuk tawaf di mataf 1 ni |
Selepas sarapan, pada mulanya aku bercadang nak qadak tidur tetapi aku tukar rancangan untuk berjalan di Clock Tower mall, Makkah Towers dan pergi ke tambahan masjid di bawah pelan Third Saudi Expansion project.
![]() |
| Singgah Safwa Towers nak cari minyak attar yang sama dengan kiriman abang aku |
![]() |
| Jus-jus kat sini memang sedapppp |
![]() |
| Clock Tower, Makkah Towers dan Third Saudi Expandion |
![]() |
| King Abdul Aziz Gate. Dari depan Clock Tower |
![]() |
| Makkah Towers. Ramai jemaah Indonesia ambil gambar kat sini |
![]() |
| Clock Tower |
![]() |
| Nak order chicken fillet Al-Baik. SR6 |
![]() |
| Di Malaysia je tukar nama jadi Carl's Jr π |
![]() |
| Lebih kurang jugak harga Carl's Jr Malaysia |
![]() |
| Harga coklat-coklat kat Bin Dawood ni lebih kurang sama macam kat Malaysia |
![]() |
| Sambungan dari Mataf 1 belum siap |
Selepas Asar pula, Ustaz Masykur & Ustaz Shaarani mengadakan sesi taklimat untuk postmortem umrah wajib untuk memberi penjelasan dan menjawab apa-apa pertanyaan berkenaan larangan berihram dan dam serta rukun umrah. Contoh seperti rambut gugur dengan sengaja atau tidak, tawaf dengan membawa anak kecil, tidak berhadas semasa tawaf dan sebagainya. Semoga kami semua dikurniakan Allah umrah maqbullah. Insya Allah. Aamiiiiin















Comments
Post a Comment