Umrah 2025 (V) - Mekah (ii)

Untuk posting kali ini, aku rasa elok digabungkan 3 hari dalam satu posting. Sebab ketiga-tiga hari ni, pihak Rayhar menyediakan bas untuk ke miqat-miqat sekitar Mekah untuk sesiapa yang ingin menunaikan umrah sunat. Yang tidak mahu buat umrah sunat pun masih boleh turut serta sebab ada juga acara ziarah luar semasa dalam perjalanan ke miqat-miqat.

Purata sehari lebih 20K. Yang hari Jumaat, tak bawa hp pula masa tawaf wada

Gabungan video-video rakaman untuk tiga hari:


10/11/25 - Miqat Ja'aranah

Kalau nak bersolat dalam Masjidil Haram di kawasan karpet ni, memang seharusnya datang satu jam lebih sebelum azan. Sebab laluan-laluan akan dipantau oleh polis-polis dan sentiasa berubah-ubah. Untuk hari ini, aku dapat bersolat di sini. Keesokan hari nya, laluan masuk dari mataf 1 sudah ditutup walaupun ada lagi satu jam sebelum azan berkumandang disebabkan ruang ini telah penuh.

Spot iktikaf sebelum Subuh


Selepas Subuh

Pada hari ini, rombongan jemaah akan dibawa ke Miqat Jaaranah untuk sesiapa yang ingin menunaikan umrah sunat.

Aku buat keputusan untuk tuang umrah sunat sebab kaki melecet di tapak kaki dan merekah-rekah di tumit dan ujung jari. Nak pijak memang sakit. Yang melecet tu dah ada lepas umrah wajib 2 hari lepas. Malam tadi, yang merekah-rekah di tumit tu lagi teruk. Mungkin setelah tawaf sunat dan berjalan-jalan sehari suntuk. Geng-geng suruh beli dan letak Vaseline.

Kalau pakai plaster, stokin dan kasut tak terasa sangat sakit bila pijak kaki, tetapi nak menunaikan umrah kena nampak tumit dan jari kaki. Okey, dah belajar satu pengajaran - Memang kena bersedia dengan Vaseline.

Masa di Madinah, bibir dah kering. Chapstick nivea pun tak lut. Pergi farmasi, mereka kasi petroleum jelly yang jenis cecair kat farmasi. Sampai Mekah pulak, kulit lengan makin kering sampai naik ruam. Memang kulit aku dari dulu kalau cuaca kering akan ada masalah macam ni. Pakai Cetaphil utk kulit kering bawak dari Malaysia pun tak lut. Bila sapu Vaseline, ada kurang sikit ruam. 

Ziarah luar sebelum sampai Miqat Jaaranah, kami ditunjukkan Arafat sebelum berhenti sekejap di Jabal Rahmah. Ustaz kata waktu mustajab berdoa di Jabal Rahmah sebenarnya ialah semasa Waktu Arafah.


Contoh tandas di Arafah

Kena jalan sedikit dari tempat parking bas




Kita zoom je dari jauh 😁

Bas #1 (ihsan: Ustaz Shaq)

gambar kumpulan (ihsan: Ustaz Shaq)

Selepas kembali ke bas, kami dipandu di tengah-tengah Mina untuk melihat lautan khemah-khemah dan Muzdalifah dari jauh.

Mina (Googlemap)

Di Masjid Jaaranah, kami bersolat sunat dan mereka-mereka yang berhasrat menunaikan umrah sunat berniat sebelum bas bergerak. Jeles juga tak dapat nak membuat umrah hari ni. Jadi sebagai ganti, aku buat tawaf sunat selepas Zohor.


Muka ada senyum sikit dapat buat tawaf sunat. Alhamdulillah

Di sebelah malam pula, kami bertiga meminta Ustaz Shaarani untuk membawa kami makan malam. Ustaz bawa kami ke Aziziyah. Lupa pula nama restoran tu. Aku minta tambah ayam, takut tak lalu nak makan kambing. Nasi dia sedap - buttery. Kambing pula tak bau dan lembut


Raydan Restaurant Aziziyah

Ruang Makan tingkat 1


nasi kambing & ayam (tangkapan skrin dari video)


11/11/25 - Miqat Hudaibiyah

Alhamdulillah hari ni tumit dan jari kaki yang merekah tu bertambah baik. Dari semalam aku sapukan (lebih kepada lumurkanπŸ˜„) Vaseline kat tapak kaki

Jom subuh

Kami telah singgah di Miqat Hudaibiyah dahulu untuk bersolat sunat. Ada yang ambil peluang beli unta dan sejadah. Ustaz kata unta sampai beranak 20 πŸ˜…. Tetapi Ustaz kata kita tangguh dahulu niat ihram sebab ada satu lagi perhentian sebelum pulang ke Mekah.

Olayan ke Miqat Hudaibiyah

Unta-unta (ihsan: Cikgu Rohaya)

Kami singgah di Wadi d'Fajr. Ni memang persinggahan khas untuk jemaah Malaysia dan nusantara. Aku pekena roti canai manakala jemaah lain ada yang makan mee/kuay teow goreng dan nasi lemak. Sate unta pun diaorang ada jual. Semasa aku pergi salin pakai ihram, yang lain ada yang memanah dan main dengan kuda dan unta.



Setelah sampai ke Mekah, aku balik ke bilik dahulu sebab nak buang apa-apa yang patut dahulu πŸ˜€. Sebab syarat tawaf ialah bebas dari hadas.

Azan zohor berkumandang semasa aku tengah bersa'ie. Jadi aku sambung balik bersa'ie selepas selesai bersolat berjemaah. 

Bukit Safwa. Aku terikut laluan lain jadi bersa'ie di tingkat atas




Untuk asar pula aku solat di ruang solat masjid di Safwa Towers.


Beli buah di Bin Dawood

Selepas maghrib, aku jumpa escalator yang boleh naik ke salah satu ruang bumbung di Masjidil Haram. Dapatlah aku beriktikaf di situ sehingga Isyak. Aku tak pasti pula samada di sebelah sana ada laluan ke mataf bumbung.

Googlemap




hebat ni πŸ˜…

12/11/25- Miqat Tanaeem

Pada hari ini, tiada lagi tujuan lain untuk rombongan bas selain bersolat sunat dan berniat ihram di Masjid Aisyah atau Miqat Tanaeem. Jadi kami sempat menghabiskan umrah sunat sebelum masuk waktu Zohor.


Di sebelah malam pula, sekali lagi kami minta Ustaz Shaarani untuk menculik kami dan bawa makan malam di luar πŸ˜„. Pilihan Ustaz pada malam ini ialah alRomansiah. Makan nasi kambing. Dan ayam sebagai backup πŸ˜‰. Lain sedikit daripada kedai yang sebelum ni. Tapi memang sedap. Patutlah nasi Arab di sini tak perlu makan dengan sup-sup sebab nasi dia pun dah buttery.

Hotel ke alRomansiah

 

Tu diaaa

Kata akhir

Selepas beberapa hari di Mekah, memang jelas perbezaan di antara Mekah dan Madinah. Madinah lagi tenang manakala Mekah agak sibuk. Di Madinah, sebagai tetamu Rasulullah SWT, pengkhususan adalah untuk ke masjid dan beriktikaf dengan bersolat sunat, bertadarus al-Quran, berzikir dan berselawat, pergi ke Raudhah dan menziarah makan Nabi SAW dan saidina Abu Bakar RA dan Umar Ra. Manakala di Mekah, sebagai tetamu Allah, tambahan adalah ibadah umrah seperti tawaf dan bersa'ie. Semua orang ingin mencari keredhaan dan keampunan daripada Allah SWT. Apatah lagi ganjaran solat di Masjidil Haram ialah 100 ribu kali lebih dari di tempat lain.

Bila aku beritahu abang aku bahawa salah satu sebab aku rasa overwhelm sebelum pergi mengerjakan umrah ialah kesesakan orang, lagi-lagi semasa tawaf dan sa'ie. Di Malaysia pun aku tak pergi konsert-konsert sebab orang ramai sehingga boleh berhimpit-himpit.

Abang aku pesan, kita harus ingat setiap orang ingin mencari pahala, keampunan dan keredhaan Illahi walaupun kemungkinan cara manusia ini agak berlainan, seperti bertolak-tolak. Ia juga satu cara kesabaran kita diuji.  Aku pun faham sebab kebanyakan mereka pun sama macam aku - baru pertama kali mengerjakan umrah. Bahkan mungkin mereka pertama kali menjejak kaki ke luar negara. Jadi mereka berpegang-pegang dengan erat takut terpisah dari rombongan mereka.

Walaupun begitu, semasa berada di tengah-tengah lautan manusia itu, kita masih dapat rasa one-to-one dengan Allah iaitu seolah-solah berseorangan, berhadapan dan berbicara dengan Allah dengan berzikir dan berdoa. Alhamdulillah. Wallahu aklam bissawab.

Comments