Umrah 2025 (VI) - Mekah (iii)

Untuk posting hari ni tak banyak yang nak tulis sebenarnya. Program hari ni hanyalah majlis khatam alQuran dan tahlil pada pukul 9 pagi. Dan selepas Asar pula, memandangkan ziarah Taif tidak mendapat sambutan daripada kalangan jemaah, ustaz Shaarani mengadakan rombongan lawatan ke muzium Gua Hira/Wahyu dan makan nasi unta untuk sesiapa yang berminat.


Rambut baru nak tumbuh ni melekat teruk kalau pakai kopiah 😁


Kembali ke alBaik 😋

Chicken fillet burger



Hotel -> Muzium Gua Wahyu -> Restoran

Nak tunjuk jalan baru. Takde masa nak naik kali ni


Rombongan cik kiah 😀(ihsan: Ustaz Shaarani)

Menghayati video (ihsan: Mat)


Pistachio kunafa. Terbaekkkk. Tak manis mcm yang disira kat Malaysia ((ihsan: Cikgu Rohaya)

Jus paling sedapppp (ihsan: Cikgu Rohaya)

Makan-makannn (ihsan: Cikgu Rohaya)

Keesokannya kami semua jemaah berangkat pulang ke Malaysia selepas solat Jumaat.
Kami disarankan untuk membuat tawaf wada pada pukul 6:30-7 pagi.

Memandangkan ianya hari Jumaat, hari cuti di Saudi, pukul 6:30 pun dah ramai orang bertawaf.  Selepas tawaf, aku hanya menunggu dan berkemas di bilik sehingga masa checkout, agar tidak melanggar syarat bertawaf wada.

Kami bertolak dari hotel ke Jeddah sekitar jam 2:30petang. Semasa melalui pintu gerbang Rehal Makkah, ada tanda-tanda hujan telah turun. Semasa di bilik hotel pagi semalam,  kedengaran ada berlangsungnya solat yang dimainkan di speaker bilik. Rupa-rupanya Ustaz beritahu kami ada solat minta hujan, sebab Mekah dah lama tak hujan.

Kami membuat lencongan dan singgah sebentar di tepi Laut Merah (Altawhed Square) semasa maghrib.

Di Jeddah, kami telah berhenti di stesen bas lapangan terbang Jeddah untuk menunaikan solat dan makan malam. Hujan lebat telah mula turun. Ada yang mengatakan di Mekah sampai banjir. Lebih-lebih lagi, di Mekah sememangnya tiada sistem perparitan.


Mekah - Jeddah


Sekali lagi, semoga kami diberi rezeki umrah maqbullah dan akan dijemput lagi untuk menunaikan ibadah haji dan umrah tidak lama lagi. Insya Allah. Amin amin ya Rabbal a'lamiiin.

Comments